salam
penghijrahan yang ingin saya katakan adalah suatu penghijrahan dari keburukan kepada kebaikan.
ramai yang kita lihat artis pada hari ini sudah mula memakai hijab/menutup aurat.
alangkah sejuknya hati bila melihat mereka mula berubah.Contohnya Irma Hasmie,Diana Amir dll.Alhamdulillah,Allah membuka pintu hati mereka untuk berubah walaupun secara perlahan-lahan melakukannya.
dan tidak lupa juga sewaktu pengajian saya di Kolej Matrikulasi Melaka.Ramai rakan-rakan wanita saya yg dulunya bertudung biasa mula berhijrah kepada tudung yang labuh.Siapa sangka mereka berubah setelah banyak ceramah-ceramah islam yang diadakan di matrix dimana isi kandungan ceramah itu membuka pintu hati mereka.Kadang-kadang cemburu melihat mereka yang bertudung labuh sebab saya nk seperti mereka.Saya sentiasa mengharapkan keredhaan dari ALLAH untuk berubah kepada kebaikan.
Ini merupakan beberapa fashion yang digayakan oleh segelintir wanita.Tiada niat di hati hendak mengutuk mahupun menyakitkan hati.Jika dilihat pada masa ini,ramai wanita yang bergaya dengan pakaian dan tudung yang bermacam-macam gaya yang dipakainya.Contoh,fashion Najwa latif,Hana Tajima,Yuna dll.Tidak salah untuk kita bergaya tetapi biarlah ia masih mengikut konsep Islam iaitu menutup aurat keseluruh badan kecuali tapak tangan dan muka.
Rasulullah S.A.W berkata...
"Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
“ Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].
wahai rakan-rakan,marilah kita berubah ke arah kebaikan walaupun secara perlahan-lahan walaupun mengambil masa yang pendek mahupun panjang,insya-ALLAH..niat yang baik pasti diberkati ALLAH...
salam ukhuwah dari saya...
No comments:
Post a Comment