Friday, 9 November 2012

Penghijrahan

salam
penghijrahan yang ingin saya katakan adalah suatu penghijrahan dari keburukan kepada kebaikan.
ramai yang kita lihat artis pada hari ini sudah mula memakai hijab/menutup aurat.
alangkah sejuknya hati bila melihat mereka mula berubah.Contohnya Irma Hasmie,Diana Amir dll.Alhamdulillah,Allah membuka pintu hati mereka untuk berubah walaupun secara perlahan-lahan melakukannya.


dan tidak lupa juga sewaktu pengajian saya di Kolej Matrikulasi Melaka.Ramai rakan-rakan wanita saya yg dulunya bertudung biasa mula berhijrah kepada tudung yang labuh.Siapa sangka mereka berubah setelah banyak ceramah-ceramah islam yang diadakan di matrix dimana isi kandungan ceramah itu membuka pintu hati mereka.Kadang-kadang cemburu melihat mereka yang bertudung labuh sebab saya nk seperti mereka.Saya sentiasa mengharapkan keredhaan dari ALLAH untuk berubah kepada kebaikan.
 

Ini merupakan beberapa fashion yang digayakan oleh segelintir wanita.Tiada niat di hati hendak mengutuk mahupun menyakitkan hati.Jika dilihat pada masa ini,ramai wanita yang bergaya dengan pakaian dan tudung yang bermacam-macam gaya yang dipakainya.Contoh,fashion Najwa latif,Hana Tajima,Yuna dll.Tidak salah untuk kita bergaya tetapi biarlah ia masih mengikut konsep Islam iaitu menutup aurat keseluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. 

Rasulullah S.A.W berkata...
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim. 

 Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 


wahai rakan-rakan,marilah kita berubah ke arah kebaikan walaupun secara perlahan-lahan walaupun mengambil masa yang pendek mahupun panjang,insya-ALLAH..niat yang baik pasti diberkati ALLAH...

salam ukhuwah dari saya... 

RUMAH KEDUA...

ASSALAMUALAIKUM wahai saudara/i ..
tanggal 2 September 2012,saya telah pun bergelar seorang mahasiswi Universiti Malaya.
sebagai seorang pelajar baru disana,saya dan rakan-rakan  melalui Minggu Haluansiswa ataupun Minggu Orientasi yang berlangsung selama 1 minggu.Minggu itu boleh dikatakan hari kepenatan bagi mahasiswa/i pelajar tahun pertama dan berbaur-baur juga perasaan kami dengan gembira,enjoy dan terbaiklah.

kolej kediaman saya di UM.

Disana,saya mengambil jurusan Sains iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains(Matematik) @ pure math.
Course ini adalah pilihan pertama saya sewaktu mengisi borang UPU.setelah membuat sedikit research tentang peluang pekerjaan dalam bidang ini,memang banyak peluang pekerjaan tersebut.Sebagai contoh,guru,pensyarah,ahli metereologi,analisis kewangan dan bnyk lagi.tetapi seperti yang kita tahu bahawa jurusan dalam bidang matematik ini luas .Contohnya,sains aktuari,matematik komputeran,statistik dll.


ini fakulti saya,tapi lecture hall kt blakang lg.jaoh ckit

kini sudah pun masuk 3 bulan saya belajar disana,dan tidak lama lagi saya akan menhadapi final exam yang akan berlangsung pada awal bulan 1 tahun depan,pejam celik pejam celik lagi 2 bulan shaja untuk membuat preparation mnghadapi final exam.erm..sememangnya seronok bergaul dengan org yang memang pandai tetapi kadang2 terasa diri ini kecil bila berada di universiti no 1 di M'sia.Tetapi,kita hendaklah mengambil cabaran dan peluang yang ada.

sampai disini sahaja warkah saya pd hari ini.wassalam

Introduction

ASSALAMUALAIKUM.. sebagai pembuka bicara
Saya baru nak berjinak-jinakkan diri dalam penulisan blog.
terdetik dihati untuk berkongsi cerita,pengalaman,teladan dan sebagainya.
-terima kasih-